MENJELANG Sambutan Aidiladha, satu rakaman video menjadi viral di laman media sosial. Video itu dikatakan merakam detik bagaimana seorang ayah membawa anak-anaknya untuk mencuri duit di tabung perkhidmatan kerusi urut automatik — Scroll ke bawah untuk menonton video.
Bapa yang sepatutnya mendidik dan menjadi contoh yang baik kepada anak-anaknya, nampaknya bagaikan menjadi mentor kepada 'pencuri masa hadapan' apabila dilihat bekerjasama dengan anak-anaknya yang barangkali baru berumur antara 7 hingga 15 tahun untuk mencuri.
Dalam video yang menjengkelkan itu, dapat dilihat bagaimana si ayah membuka tabung simpanan duit pada kerusi urut yang didudukinya menggunakan 'screw driver' sementara anak-anaknya memerhatikan tindakan si ayah itu.
Ketika anak lelaki menghulurkan 'screw driver' kepada ayah, seorang lagi anak perempuannya dilihat menjadi 'tukang jaga line' bagi melancarkan aktiviti haram mereka mencuri duit dari tabung kerusi urut tersebut.
Kejadian ini dikatakan berlaku di salah sebuah kedai dobi layan diri yang beroperasi 24 jam yang terletak di Pandamaran, Selangor pada jam 12:30 am 9 September 2016.
Orang ramai, pengguna media sosial, (netizen) rata-rata kecewa dan mengutuk tindakan si ayah yang dilihat seperti mengajar anak-anaknya untuk mencuri.
Biasanya, sejahat mana pun ayah tentu tidak mahu anak-anak mengikut jejak langkahnya untuk menjadi jahat, berbeza dengan di ayah ini, yang menjadikan anak-anaknya rakan subahat bersama-sama melakukan kejahatan. — Edisirakyat.com, 12 September 2016