Anggota Polis terima rasuah dalam video Media Indonesia sudah dikenal pasti

PIHAK Polis Tawau dilaporkan telah mengenal pasti anggotanya yang didakwa menerima rasuah bagi melepaskan kemasukan pendatang asing tanpa izin, PATI melalui perairan daerah itu seperti dilaporkan oleh sebuah program televisyen berbentuk penyiasatan terbitan TransMedia Indonesia.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten komisioner Fadil Marsus dipetik sebagai berkata,


"Kita sudah kenal pasti anggota terbabit, serta masih menjalankan siasatan terperinci. Sekiranya didapati benar, dan ada pelanggaran integriti, maka tindakan keras akan diambil bagi memastikan setiap anggota yang menjalankan tugas penguatkuasaan mematuhi integriti polis,"

"Polis telah membuka kertas siasatan, termasuk mengenal pasti semua watak serta gambaran lokasi yang didakwa menjadi laluan tikus selain kenderaan digunakan seperti dipaparkan dalam video berkenaan," katanya seperti yang di petik daripada sidang medianya di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau. — Berita Harian

Sejak dua hari lalu sebuah video merakamkan bagaimana wartawan program berbentuk penyiasatan dari Indonesia menyamar menjadi Tenaga Kerja Indonesia, TKI berjaya dengan mudah memasuki Malaysia secara haram melalui laut dan laluan tikus di Tawau.



Sebuah bot tertera tulisan 'Polis' tersiar dalam video tersebut memperlihatkan bagaimana penguatkuasa tidak mengambil tindakan terhadap PATI yang memasuki Malaysia secara haram kerana sudah menerima rasuah seperti didakwa oleh program televisyen tersebut.

Program itu turut mendakwa begitu mudahnya untuk masuk ke Malaysia secara haram dengan hanya memberikan rasuah antara RM50 hingga RM100 kepada pegawai penguatkuasa yang bertugas — Ratusan PATI masuk ke Tawau Sabah setiap hari (klik link untuk menonton video tersebut) — EdisiRakyat.com, 22 September 2016
Previous Post Next Post