PELBAGAI nasihat atau petua biasa kita dengar sejak sedekad lalu agar bateri 'smartphone' (telefon pintar) mampu bertahan lama, antara tips yang selalu kita dengar ialah:
- Pastikan bateri betul-betul habis sebelum mengecasnya semula.
- Padam telefon pintar anda sebanyak kali yang boleh.
- Berputus asa, dan bawalah pengecas pada setiap masa.
Namun sekumpulan ahli kimia dilaporkan berkata semua petua di atas adalah salah sama sekali — Kebanyakan petua yang diberikan juga telah ketinggalan zaman untuk diamalkan dengan teknologi telefon pintar masa kini.
Sekumpulan ahli kimia dari American Chemical Society, telah menghasilkan sebuah video untuk memastikan bateri telefon pintar anda mampu bertahan lama.
Berikut antara petua-petua yang disarankan oleh mereka,
Jangan benarkan bateri telefon pintar anda kontang
Jangan sekali-kali biarkan bateri telefon pintar anda habis terus atau kontang. Petua sebelum ini hanya terpakai jika telefon pintar anda menggunakan logam nikel pada katod-katodnya (elektrod-elektrod positif di dalam bateri).
Hari ini kebanyakan telefon pintar gunakan ion Lithium — membiarkan ia kontang akan mengurangkan kapasitinya.
Jangan padam telefon pintar anda kecuali ketika kapasiti baterinya lebih 50 peratus
Adakah tidak baik untuk memadam telefon pintar anda kecuali ia sudah dicas sekurang-kurangnya 50%.
Ramai antara kita yang memiliki lebih daripada satu telefon dan membiarkan ia dalam keadaan 'off' (terpadam) pada kebanyakan masa, saintis mencadangkan agar anda menghidupkannya paling kurang setiap enam bulan sekali bagi memastikan ia bercas lebih 50%.
Jangan biarkan telefon pintar anda panas
Jangan biarkan telefon pintar anda terlalu panas, kerana ini akan menjejaskan ketahanan bateri anda. Dalam keadaan tertentu, telefon pintar mungkin menjadi panas sebelum akhirnya meletup.
Jadi turunkanlah suhunya, dan jangan dedahkan ia terlalu lama di bawah cahaya matahari, air juga tidak baik untuk telefon pintar anda. — EdisiRakyat.com, 15 September 2016