Polis wanita Islam Scotland kini dibenarkan memakai hijab

DALAM kehangatan isu pengharaman 'burkini' di Perancis, yang sedang menjadi topik hangat masyarakat antarabangsa, Pihak Polis Scotland mengumumkan perkara sebaliknya apabila pemakaian hijab diumumkan sebagai sebahagian daripada uniform rasmi bagi anggota polis wanita yang beragama Islam di negara itu.

Tindakan yang disifatkan sebagai tepat pada masanya itu diumumkan melalui akaun Twitter Rasmi Polis Scotland, @policescotland di mana anggota polis wanita yang beragama Islam kini boleh memilih untuk mengenakan 'hijab' yang menutup rambut mereka kerana ia merupakan sebahagian daripada uniform rasmi pihak polis Scotland.


Dalam kata lain, anggota polis wanita beragama Islam tidak perlu lagi membuat permohonan rasmi untuk menutup aurat ketika bertugas seperti sebelum ini. Tindakan itu sebagai usaha menunjukkan bahawa pihak Polis Scotland mewakili masyarakat sebenar yang berbilang agama dan bangsa di negara itu.

Pengumuman ini antara lain dilaporkan bertujuan untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita untuk menjadi anggota polis.  — Edisirakyat.com, 29 Ogos 2016

Post a Comment

أحدث أقدم