SEORANG lelaki yang berhenti untuk menyaksikan satu kejadian kemalangan cedera apabila diserang oleh sekumpulan orang ramai yang tiba-tiba berang dengannya.
Kejadian awal dilaporkan berlaku sekitar jam 7:00pm pada hari Jumaat, apabila seorang penunggang wanita hilang kawalan ketika mengelak sebuah kenderaan jenis Toyota Wish, sebelum motorsikalnya menghentam pembahagi jalan.
Wanita itu dilaporkan mati ditempat kejadian, manakala pemandu kenderaan tersebut pula berhenti di restoran berdekatan untuk membuat panggilan kecemasan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah pada hari Ahad dilaporkan berkata, orang ramai berkumpul di tempat kejadian untuk menyaksikan kemalangan tersebut.
"Tidak lama kemudian, sekumpulan lelaki datang ke restoran dan menuju ke arah pemandu Toyota Wish berusia 29 tahun sehingga berlaku pertengkaran"
Dua kereta peronda Polis telah tiba ketika pertengkaran semakin hangat, namun berlaku pergelutan antara pihak polis dan kumpulan tersebut katanya.
Tambahnya lagi, beberapa pihak polis mengalami kecederaan kecil ketika meleraikan pergelutan sebelum dua kereta peronda polis tiba.
"Ketika itu, sudah ada sekitar 200 orang berkumpul di tempat kejadian.
"Orang ramai yang hilang kawalan, kemudian beralih kepada seorang penunggang motorsikal yang disangka ada kaitan dengan pemandu," tambahnya lagi, penunggang tersebut sebenarnya hanya berhenti untuk menyaksikan apa yang berlaku dan tiada kena mengena dengan kejadian tersebut.
SAC Mohd Adnan berkata, lelaki itu mengalami kecederaan di kepala, tangan dan bahagian belakang badan akibat dipukul dan ditendang oleh kumpulan itu.
Polis telah menahan seorang lelaki berusia 21 tahun pada hari Sabtu bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut, dan menjangkakan lebih banyak tangkapan akan dibuat tidak lama lagi.
Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta menghubungi 03-20529999 ataupun menghubungi mana-mana balai polis berdekatan. — EdisiRakyat.com
Toyota Wish yang rosak diletakkan di Ibu Pejabat Polis Kuala Selangor. |
Post a Comment