DUA lelaki tidak dikenali dilaporkan menembak mati seorang pemandu lori dalam kejadian di Bandarputra Kulai awal pagi tadi.
Mangsa dikenalpasti melalui kad pengenalan miliknya (gambar) sebagai Magen S. Manokaran, 30 yang berasal dari Senai, Johor.
Magen dilaporkan sedang berbual dengan seorang rakannya di luar rumah di Jalan Merah, Bandarputra kira-kira pada jam 3am apabila dua lelaki memakai topi keledar dengan wajah tertutup menghampiri mereka.
Salah seorang dari lelaki tidak dikenali itu kemudiannya mengeluarkan sepucuk pistol lalu menembak Magen sebanyak tujuh kali sebelum menghilangkan diri dengan menaikki motorsikal.
Magen yang dikejarkan ke hospital Kulai oleh seorang jiran rakannya bagaimanapun meninggal dunia akibat tembakan itu dan dikatakan mati ketika tiba di hospital.
OCPD Tan Moh Chuan, dari Balai Polis Kulaijaya, yang dilapor telah mengesahkan kejadian itu memaklumkan bahawa pihak pokis sedang menunggu hasil laporan bedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut diminta untuk menghubungi Balai Polis Kulaijaya melalui nombor 07 663 2222 — EdisiRakyat.com.
إرسال تعليق