CALON Presiden Brazil, Eduardo Campos antara mangsa yang terbunuh dalam nahas jet peribadi miliknya yang terhempas di kawasan perumahan selepas bertembung dengan cuaca buruk.
Sumber berita tempatan melaporkan, enam lagi penumpang yang menaiki pesawat bersama Campos dipercayai terbunuh, manakala sekurang-kurangnya empat orang di daratan turut maut.
Sumber rasmi tentera udara berkata, pusat kawalan udara terputus hubungan dengan jet peribadi jenis Cessna 560Xl yang mampu memuatkan 12 penumpang itu selepas ia dikatakan gagal melakukan pendaratan di Guaruja, selepas bertembung dengan cuaca hujan dan berawan.
Ia kemudiannya dilaporkan terhempas di selatan bandar, 43 batu dari timur Sao Paulo. Laporan berita di stesen televisyen tempatan menayangkan bangkai pesawat dalam keadaan terbakar di antara bangunan kejiranan yang remuk dilanggar pesawat tersebut.
Pemimpin Parti Sosialis Brazil, PSD itu sebelum ini merupakan governor negeri Penambuco sebelum beliau mengumumkan secara rasmi untuk bertanding merebut jawatan presiden pada pikihanraya Brazil, 15 oktober akan datang.
Beliau setakat ini menduduki tangga ketiga dalam pungutan suara awam.
Kejadian nahas tersebut benar-benar menggemparkan negara, ketika kempen pilihanraya presiden sedang rancak dijalankan di Brazil.
Penyandang jawatan Presiden Brazil, Dilma Rousseff yang kini mentadbir untuk penggal kedua, mengumumkan tiga hari berkabung susulan nahas tersebut. — EdisiRakyat.com
إرسال تعليق