Pesawat #MH370 didakwa terbang rendah elak dikesan radar

‎HASIL siasatan mendedahkan kebarangkalian bahawa pesawat milik Malaysian Airlines, MH370 yang hilang minggu lalu, terbang serendah 5,000 kaki dari aras laut sebaik sahaja ia memesong dari arah penerbangan yang sepatutnya bagi mengelak dikesan oleh radar.

The News Strait Times melaporkan bahawa siasatan mendedahkan kebarangkalian pesawat Boeing 777 itu‎ terbang pada ketinggian 5,000 kaki atau mungkin lebih rendah lagi supaya tidak dapat dikesan.

‎Siasatan menjangkakan bahawa pesawat juga mungkin tidak menimbulkan rasa curiga pihak pemantau radar ketenteraan jika ia melalui laluan komersial. 

Laporan itu turut memetik sumber yang enggan dikenali sebagai berkata, pesawat tersebut terbang rendah melintasi Semenanjung Malaysia. 

Namun tidak jelas dari manakah anggaran ketinggian itu didapati, manakala pakar pula mendakwa jika ia diperolehi daripada data radar, ia sangat tidak boleh dipercayai.

The Guardian, memetik kenyataan Pakar Keselamatan  Penerbangan, Sydney Dekker daripada Safety Science Innovation Lab di Universiti Griffith, Australia sebagai berkata: "Terutama di kawasan laut, liputan radar sangat-sangat tidak boleh dipercayai".

Beliau dilaporkan menolak idea penerbangan rendah pada ketinggian 5,000 kaki yang akan menyebabkan geseran yang banyak di ruang udara seperti yang dinyatakan oleh ramai pihak bahawa: 

"Kesan yang jelas adalah lebih banyak minyak diperlukan, sekaligus jarak penerbangan akan menjadi lebih singkat" tambahnya. ‎— EdisiRakyat.com 




Post a Comment

أحدث أقدم