RAMAI sahabat pembaca MiLo SuaM tiba-tiba bertanya tentang program Bantuan Lesen 1 Malaysia, BL1M yang dilancarkan oleh Perdana Menteri tahun lalu.
Program BL1M, yang menawarkan lesen motorsikal harga murah, iaitu hanya RM199 itu dilancarkan tahun lalu oleh Najib. Rujuk laporan Utusan Malaysia di bawah.
Aku sendiri tak tahu apa status bantuan tersebut, sama ada masih berjalan, atau sudah ditamatkan. Aku pun pelik kenapa tiba-tiba ramai sahabat pembaca bertanya tentang itu.
Jika ditanya kepada aku yang berjiwa pembangkang ni, aku menganggap BL1M itu hanyalah program untuk pancing undi anak muda pada PRU13 yang lalu.
Pilihanraya dah habis, maka janganlah diharapkan lagi program itu, kalau nak juga tunggulah Najib umum program BL1M baru menjelang PRU14 nanti untuk pancing undi.
Apa pun, aku ada buat semakan di laman web yang berkaitan dengan BL1M tersebut. Hasil bantuan 'pakcik Google' nampaknya memang betul tekaan aku program BL1M tu sudah ditamatkan.
Malah laman web BL1M sebelum ini pun sudah tak wujud lagi, anda boleh rujuk sendiri sila klik sini [BL1M]
"Tunggulah PRU14, banyaklah umpan ditabur nanti..."
إرسال تعليق