SESI persekolahan 2014 yang bermula hari ini menyaksikan pelbagai ragam pelajar khususnya yang baru menyertai sesi persekolahan tahun ini.
Antara yang menjadi perhatian adalah reaksi beberapa pelajar tahun 1 yang tersepit di kerusi darjah masing - masing.
Kelihatan pelbagai respon sinis dan jenaka terhadap kejadian ini sepanjang hari ini. Di media sosial seperti twitter dan facebook, pelbagai komentar kini hangat dan dijangka menjadi trending termasuk dengan sindiran sinis.
Edisi Rakyat mendoakan kejayaan para pelajar yang memasuki sesi persekolahan yang bermula hari ini.
إرسال تعليق