PEMUDA MCA mahu Menteri Dalam Negeri menarik balik pengharaman Comango (Gabungan NGO Malaysia), yang disifatkannya sebagai penyalahgunaan kuasa menyekat suara pihak-pihak yang berbeza pendapat.
Ahli Jawatankuasa Pusat, MCA Choo Wei Sern berkata, dilaporkan bahawa alasan keputusan pengharaman oleh kementerian itu seperti yang didedahkan olwh setiausahanya Datuk Muhammad Khalid, adalah kerana 39 daripada 54 organisasi dalam Comango tidak berdaftar
"Jika itulah masaalah sebenar, maka KDN patut bertindak kepada setiap organisasi tersebut secara terus, dan bukannya mengharamkan gabungan keseluruhan sewenang-wenangnya di bawah Akta Pertubuhan 1966.
"Fakta mengatakan bahawa sebahagian daripada organisasi itu tidak berdaftar dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan), tidak membuatkan keseluruhan gabungan tersebut menjadi haram.
Choo mengulas satu laporan oleh Mohamad Khalid yang mengatakan bahawa Comango merupakan sebuah entiti haram kerana ia tidak berdaftar dengan ROS, dan daripada 54 organisasi-organisasi di bawah Comango, hanya 15 yang berdaftar secara sah.
"Menteri Dalam Negeri patut sedar bawah tiada sebarang peruntukan undang-undang di negara ini, dan tidak patut ada undang-undang seperti itu, yang mana setiap organisasi dalam negara mesti dibentuk berdasarkan ajaran Islam," tegasnya lagi.
Malah katanya, kerajaan terutamanya kementerian mesti meraikan usaha-usaha Comango dan NGO-NGO lain sepertinya yang menjuarai prinsip asas hak asasi manusia di Malaysia.
إرسال تعليق