LAMAN facebook PDRM, semalam memohon maaf kerana menyiarkan foto palsu seorang lelaki berlumuran daran kononnya gambar kecederaan salah seorang anggota Polis yang diserang dalam Himpunan Turun di Dataran Merdeka malam tahun baru 2014.
Foto yang menunjukkan seorang lelaki tidak memakai baju dan berlumuran darah sambil dilihat kesakitan itu bukanlah seorang anggota polis, sebaliknya seorang mangsa tetakan parang yang berlaku dua hari lalu.
Mangsa yang marah apabila gambarnya digunakan untuk memfitnah telah membuat laporan polis, memaksa facebook rasmi PDRM memadam gambar yang dimuatnaik sebelum itu di laman facebook.
Permohonan maaf itu disiarkan di laman facebook rasmi PDRM sejak semalam. Berikut permohonan maaf yang dimaksudkan:
RALAT: KESILAPAN MEMUATNAIK GAMBAR ANGGOTA POLIS CEDERA
Kami memohon maaf di atas ketidak pekaan memuat naik sekeping gambar yang disangka sebagai anggota polis yang cedera semasa menjalankan tugas di malam ambang tahun baharu.
PDRM tidak mempunyai sebarang niat untuk mengeruhkan keadaan.
Kami juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan namun akan sentiasa dan terus memperbaiki kelemahan yang ada.
Sekali lagi, kami mohon maaf di atas apa yang berlaku.
Terima kasih — EdisiRakyat.com
إرسال تعليق