Nurul Izzah failkan cerai di mahkamah


THE Star hari ini mengesahkan spekulasi tentang permohonan cerai yang difailkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar terhadap suaminya Raja Ahmad Raja Shahrir Iskandar Raja Salim di mahkamah rendah Jalan Duta.

Pengesahan itu dibuat hasil semakan oleh The Star melalui rekod mahkamah yang mendapati wujud kes penceraian di antara Naib Presiden KEADILAN Itu dan suaminya. 

Nurul, 33 dilaporkan memohon cerai secara Fasakh, untuk membatalkan perkahwinannya dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35 pada akhir Disember lalu melalui satu petisyen.

Raja Ahmad Shahrir Iskandar dilaporkan telah menerima petisyen tersebut pada 16 Januari lalu.

Dia dilaporkan memohon dua minggu penangguhan untuk menyediakan segala keperluan kes.

Nurul Izzah dan suami melangsungkan perkahwinan pada 9, May 2003. Majlis Perkahwinan diadakan di kediaman bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara. 

Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata, seorang perempuan, 7 dan lelaki berusia empat tahun. — EdisiRakyat.com 

Post a Comment

أحدث أقدم