Mantan PM Israel Ariel Sharon kini semakin tenat

MANTAN Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon kini dilaporkan semakin tenat di mana kegagalan organ-organ dalaman badannya dikatakan menjadi punca kesihatannya bertambah kritikal.

Sharon dilaporkan berada di dalam keadaan koma sejak lebih lapan tahun lalu.

Menurut Pengarah Hospital Tel Hashomer, Zeev Rotstein kepada Radio Israel, "Sejak beberapa hari yang lalu, keadaan kesihatannya bertambah buruk dan ini menjejaskan beberapa organ dalamannya,"

Sharon pertama kali jatuh sakit pada Januari 2006, apabila dia diserang angin ahmar yang kemudian menyebabkannya berada dalam keadaan koma.

Sharon terpilih sebagai perdana menteri pada Februari 2001 atas tiket parti berhaluan kanan iaitu Parti Likud.

Bekas pemimpin berusia 85 tahun itu telah mengalami kegagalan buah pinggang sejak Rabu sebaik sahaja selesai menjalani pembedahan.

Pada November 2005, dia meninggalkan Parti Likud untuk membentuk sebuah parti baru yang dinamakan Kadima, ekoran kekecewaannya dengan tentangan anggota parti ke atas keputusannya untuk mengundurkan bala tentera dari Gaza dan menghentikan pembinaan petempatan baru di Tebing Barat yang diduduki Israel.

Sharon menaruh keyakinan yang mendalam bahawa keamanan hanya dapat dicapai dengan memisahkan Israel daripada Palestin.

Dilahirkan di Palestin pada 27 Februari 1928 daripada keluarga imigran Belarus, Sharon menyertai angkatan tentera Israel sebelum berkecimpung dalam politik.

Dia sangat dibenci oleh Hamas yang mengeluarkan kenyataan keras bahawa Timur Tengah akan menjadi lebih aman tanpa kelibat Sharon sebaik sahaja dia diserang strok pada 2006.

Sharon juga akan dikenang sebagai "Penyembelih Beirut" apabila ketika era pemerintahannyalah berlakunya pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian Sabra dan Shatila oleh militia Lebanon sambil disaksikan oleh pasukan tentera Israel tanpa melakukan apa-apa untuk menghentikan tindakan terkutuk ituP — EdisiRakyat.com 

Post a Comment

أحدث أقدم