Lelaki Iran tidak pernah mandi sejak 60 tahun lalu

SEORANG lelaki di Iran dilaporkan tidak pernah mandi sejak 60 tahun yang lalu, malah dia percaya bahawa kebersihan akan menyebabkan penyakit.

Pada waktu malam Amou Haji, 80 akan tidur dalam lubang berdebu menyerupai kubur, ataupun dalam pondok batu-bata yang dibina oleh masyarakat setempat yang prihatin terhadapnya. 

Dia gemar menghabiskan masa menghisap paip yang diisi tembakau daripada najis haiwan dan makan daging landak yang sudah busuk.

Setiap hari dia akan minum 5 liter air dari takungan logam yang berkarat.

Dari sudut penjagaan dirinya pula, dia akan melihat wajahnya melalui cermin kenderaan yang lalu lalang berhampiran tempatnya. 

Tidak perlu ke kedai gunting yang mahal, Haji hanya membakar rambut untuk menipiskannya.

Gaya hidupnya itu membuatkan warna wajahnya hampir menyerupai tanah. 

Haji dikatakan mengalami tekanan emosi ketika zaman mudanya membuatkan dia memilih gaya hidup seperti itu.

Rekod dunia sebelum ini dipegang oleh seorang lelaki dari India Kailash Singh, 66 yang tidak pernah mandi selama 38 tahun — EdisiRakyat.com 



Post a Comment

أحدث أقدم