LEBIH 100 tahanan di Penjara Reman Pulau Pinang mengalami keracunan makanan selepas menjamu masakan Ayam Masak Merah pada malam Jumaat lapor Bernama.
Timbalan Pengarah Jabatan Penjara (division dasar) Supri Hashim dilaporkan sebagai berkata, dua tahanan terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang pada pagi Sabtu.
"Lebih 100 tahanan mengalami sakit perut dan muntah. Tapi situasi terkawal," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Lailanor Ibrahim dilaporkan berkata, mereka ada menerima satu laporan berhubung kejadian itu dari Pejabat Kesihatan pada tengah hari hari Sabtu.
Menurutnya, dua pasukan perubatan telah dihantar untuk merawat tahanan yang terlibat dan mereka kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
"Difahamkan masakan ayam tersebut dihidangkan kepada semua tahanan antara jam 7 dan 8 pagi.
"Kami telah mengambil contoh-contoh makanan tersebut untuk menyiasat punca kejadian tersebut," katanya lagi. — EdisiRakyat.com
Post a Comment