MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bukan keputusan beliau mahupun exco negeri.
Sebaliknya, tegas beliau, ia adalah arahan Pengurus Besar PKNS, Othman Omar yang bakal menamatkan khidmat pada hujung bulan ini.
Khalid berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan dokumen berkaitan termasuk surat bertarikh 4 Disember lalu itu dalam masa dua minggu kerana ia masih dibawah Akta Rahsia Rasmi
"Keputusan bukan dibuat exco, ia dibuat pengurus besar PKNS dan bukan parti politik.
"Surat (gugur) itu diberikan Pengurus Besar kepada Azmin dan dilampirkan kepada exco. Azmin terima, jadi kami sebagai exco terima," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco hari ini
Sumber : Malaysiakini
إرسال تعليق