AHLI Parlimen KEADILAN Kuantan, Hajah Fauziah Salleh membuat laporan di balai Polis daerah Kuantan pada 14 Januari lalu terhadap pengendali blog kerana didakwa menulis artikel fitnah terhadapnya.
Menurut Fauziah, artikel tersebut dengan jelas mahu merosakkan karier politiknya.
Katanya, penulis blog itu menuduh beliau menyalah gunakan wang RM50,000 bantuan banjir yang diberikan oleh MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berjoli ke Guanzhou China dan menyewa hotel mewah.
Dalam laporannya, Fauziah mendakwa kali pertama melihat artikel bertajuk "Fauziah salah guna wang banjir RM50,000 SHOPPING & TIDUR DI HOTEL MEWAH", yang didakwa memfitnahnya itu pada 7 Januari lalu. Artikel itu disiar di laman blog mymassa.blogspot.com.
Menurut Fauziah, wang bantuan RM50,000 yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Selangor tidak pernah dipindahkan ke dalam akaun peribadinya.
Sebaliknya bantuan diberikan dalam bentuk barang kepada mangsa banjir di Kemaman, Chukai, Kuantan, Temerloh atau lokasi lain di Pantai Timur.
Menurut Fauziah lagi, tindakan undang-undang akan diambil ke atas pihak yang terlibat dalam masa terdekat — EdisiRakyat.com
Post a Comment