PEMILIHAN Parti Keadilan Rakyat yang akan berlangsung beberapa bulan lagi dijangka hangat dengan pengumuman Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Selangor, Amirudin Shari yang disebut - sebut akan menawarkan diri untuk jawatan Ketua Angkatan Muda KEADILAN petang ini dalam satu sidang media yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.
Sidang media tersebut dijangka akan berlangsung sejurus selepas Majlis Hi Tea Amirudin Shari bersama Angkatan Muda KEADILAN di NZ Curry House, KLCC pada jam 4.30 petang ini.
Amirudin yang dijangka akan menentang Ahli Dewan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam pertandingan satu lawan satu. Amirudin dilihat berkelebihan memandangkan beliau pernah menyandang jawatan Ketua AMK Johor dan Naib Ketua AMK Pusat.
Menurut sumber terdekat, majlis tersebut akan turut disertai kebanyakan pimpinan Angkatan Muda Negeri dan Pusat serta beberapa bekas pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat sebelum ini.
Berita menyusul...
إرسال تعليق