SEORANG pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan atas tuduhan membunuh Ketua Penolong Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang, JAIP.
Sumustapha Suradi, 39 yang berasal dari Sabah, didakwa di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Abdul Rahman kerana dipercayai membunuh Ahmad Raffli Abd Malek pada 10 November lalu.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Sumustapha didakwa bersama dua lagi masih bebas mencapai niat bersama melakukan pembunuhan ke atas Ahmad Raffli di rumah mangsa beralamat nombor 7, Lorong IM2/29, Bandar Indera Mahkota, pada 10 November lalu pada pukul 1.50 tengah hari.
Manakala, ketua ajaran sesat Harun Mat Saat, 47, (berkerusi roda) bersama isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 30, dan seorang lagi pengikut, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37, didakwa di mahkamah yang sama atas tuduhan melakukan konspirasi untuk melakukan jenayah tersebut.
Kesemua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan kepada mereka — EdisiRakyat.com
Post a Comment