Tony Pua dilantik sebagai Pengerusi DAP Selangor

AHLI Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini dilantik sebagai Pengerusi DAP Selangor yang baru bagi menggantikan penyandangnya, Teresa Kok.

Pemilihan Jawatankuasa DAP negeri ini berlangsung di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, di sini, hari ini.

Pua dalam kenyataannya berkata, beliau menerima tugas baru itu sebagai tanggungjawab berat dan cabaran dengan perasaan rendah hati.

"Saya berada di peringkat di mana DAP memenangi kesemua kerusi yang ditandingi di Selangor dan sukar diatasi.

"Cabaran saya selepas ini adalah untuk mengekalkan rekod tersebut, dan untuk tidak menjejaskan rekod pemimpin sebelum saya," katanya.

Beliau juga berhasrat untuk membantu rakan lain dalam Pakatan Rakyat di negeri lain pada masa akan datang.

Selain Pua, ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang memperoleh undi kedua terbanyak, 491 undi dipilih sebagai timbalan pengerusi, manakala Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh serta Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim masing-masing dilantik sebagai naib pengerusi.

Bekas anggota Exco Selangor, Ronnie Liu juga kembali ke jawatankuasa tersebut, dengan menduduki tempat kesembilan daripada 15 calon.

Kesemua pucuk pimpinan DAP Selangor itu dipilih oleh 15 anggota jawatankuasa yang baru selepas pertemuan selama 30 minit.

Pemilihan tersebut membabitkan 687 perwakilan yang hadir dalam Konvensyen DAP Selangor ke-17.

Berikut adalah jawatankuasa baru DAP Selangor 2013
 

Pengerusi: YB Tony Pua

Timbalan Pengerusi: YB Gobind Singh Deo

Naib Pengerusi: YB Teng Chang Khim, YB Hannah Yeoh

Setiausaha: YB Ean Yong Hian Wah

Penolong Setiausaha: YB Ng Suee Lim

Bendahari: YB Ng Sze Han

Setiausaha Organisasi: YB Lau Weng San

Penolong Setiausaha Organisasi: YB Ganabatirau a/l Veraman, Philip Tan Choon Swee

Setiausaha Publisiti: Ronnie Liu Tian Khiew

Pengarah Pendidikan Biro Politik: YB Lee Kee Hiong

Ahli Jawatankuasa: YB Charles Santiago, YB Tiew Way Keng, Kannan A/L Thangarasu


Ahli Jawatankuasa Dilantik:


1) YB Ong Kian Ming

2) YB Eddie Ng

3) YB Rajiv A/L Rishyakaran

4) YB Yeo Bee Yin

Post a Comment

Previous Post Next Post