Singapura haramkan pengambilan dan penjualan alkohol di Little India

SINGAPURA mengharamkan penjualan alkohol minggu ini di sekitar Little India berikutan kekecohan yang berlaku ahad lalu melibatkan kira-kira 400 pekerja asing negara itu lapor media tempatan.

"Tiada siapa dibenarkan untuk minum atau menjual alkohol dalam anggaran lingkungan 1km persegi yang telah diumum sebagai 'kawasan larangan' di bawah Akta Perlindungan (perlindungan) Awam kata Timbalan Pengarah Polis, T Raja Kumar. 

Barang siapa didapati mabuk atau berkeadaan tidak siuman dalam kawasan tersebut boleh ditangkap atas dakwaan mengganggu ketenteraman awam, katanya.  

"Tapi mungkin segelintir individu tidak menyedari larangan tersebut. Penguatkuasa akan memaklumkan kepada mereka, jika mereka bekerjasama dan membuang alkohol atau segera melangkah keluar dari kawasan tersebut, mereka akan dilepaskan" kata T Raja Kumar seperti yang dilaporkan oleh Singapore daily Strait Times.

Pengharaman tersebut melibatkan 374 bangunan sebahagian besarnya kawasan Jalan Serangoon, yang turut dikenali dengan panggilan Little India. 

Kekecohan sebelum ini melibatkan sekitar 400 orang pekerja asing dari Asia Selatan yang tercetus akibat kemalangan yang mengorbankan seorang lelaki warga India berusia 33 tahun, Sakthivel Kumaravalu.

Kekecohan tersebut juga mengakibatkan 39 orang pegawai pasukan tempatan cedera, serta merosakkan 25 buah kenderaan polis. 

Pihak berkuasa Singapura turut menggantung perkhidmatan oleh 25 syarikat pengangkutan swasta yang beroperasi membawa ribuan penumpang ke Little India setiap hujung minggu — EdisiRakyat.com 

Post a Comment

Previous Post Next Post