Perak patut contohi cuti hari jumaat di Johor

PEMUDA PAS Perak berharap Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan kerajaan negeri mengkaji dan mencontohi Johor yang menjadikan Jumaat sebagai cuti minggu. 

Kami secara terbuka menyokong usaha menjadikan hari cuti mingguan diubah kepada Jumaat jika Zambry ingin melaksanakannya pada masa akan datang.

Kini beberapa negeri telah menjadikan hari Jumaat sebagai cuti mingguan seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah, serta terbaru diumumkan di Johor. 

Kami merasakan jika ia baik bagi Perak, ia wajar dilaksanakan kerana hari Jumaat bagi umat Islam penghulu segala hari.

Kami harap Zambry dapat membuat kajian dan seterusnya mencadangkan cuti tersebut.

Kami yakin semua pihak akan menyokong cadangan tersebut dan mengharapkan cuti hari Jumaat kelak akan menjadi hari ilmu buat rakyat negeri Perak. 

Hasrat kerajaan negeri untuk memastikan modal insan yang baik di kalangan umat Islam dan memberikan suntikan ilmu kepada rakyat akan terlaksana dengan mudah jika hari Jumaat cuti kelak.

Kami mengharapkan pertimbangan Zambry menyokong usaha murni ini di Perak.

DR RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAAKOB 
ketua Pemuda PAS Perak.

Post a Comment

Previous Post Next Post