Pembelian kereta Mercedes KM Penang dikritik

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menerima kritikan hebat susulan tindakan kerajaan negeri pentadbirannya membeli kereta Mercedes Benz S300L untuk kegunaan Ketua Menteri.

Orang ramai terutama warga maya mempersoalkan kewajaran pembelian itu berikutan kereta model Camry yang dibeli oleh kerajaan negeri sebelum ini belum pun sampai dua bulan.

Menjawab kritikan dalam sidang medianya, Guan Eng menerangkan, kereta mewah yang baru dibelinya itu bukan untuk kegunaannya sahaja, malah untuk kegunaan ketua menteri yang akan datang.

"Kereta baru itu bukan milik saya. Ianya milik kerajaan negeri dan bakal berkhidmat untuk ketua menteri yang akan datang" kata Guan Eng.

Kereta Toyota Camry yang dibeli oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini baru sahaja sampai pada 31 Oktober lalu.

Kereta Mercedes-Benz S300L berwarna perak itu pula dibeli dengan harga diskaun RM298, 263.75 tanpa insuran dan cukai. Difahamkan harga asal kereta tersebut ialah RM657, 218 — EdisiRakyat.com

Post a Comment

Previous Post Next Post