Pelakon Adi Putera bebas dakwaan skandal dengan isteri orang

DALAM satu sidang media malam tadi, pelakon Adiputra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32 mendakwa pihak polis telah selesai menjalankan siasatan terhadapnya berhubung dakwaan skandal dengan isteri orang. 

Menurutnya lagi, tiada sebarang tindakan akan diambil ke atasnya, kerana kes tersebut sudah selesai.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.

Beliau ditemani isterinya Aida Yusof dan peguam yang mengendalikan kes berkenaan.

Adi Putra sebelum ini dikaitkan dakwaan skandal dengan isteri orang yang kononnya membabitkan penghantaran gambar lucah kepada wanita berusia 30 tahun berkenaan menerusi aplikasi 'WhatsApp'.

Post a Comment

أحدث أقدم