AHLI parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menafikan beliau tidak berada di dalam kawasan sewaktu banjir berlaku. Katanya, selepas usulnya ditolak oleh Dewan Rakyat, beliau terus bergegas ke Kuantan membantu mangsa banjir.
"Saya berada di Pahang semenjak dari usul darurat saya ditolak," kata beliau sekaligus menjawab tuduhan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Sharizat Jalil yang mendakwa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu langsung tidak kelihatan menghulurkan bantuan ketika kawasannya mengalami banjir teruk.
Fuziah menyifatkan dakwaan Sharizat itu sebagai agenda politik Barisan Nasional (BN) yang cuba menjatuhkan namanya hanyalah demi menutup kelemahan kerajaan pusat yang lambat bertindak menghantar bantuan.
"Saya berada di Pahang bermula dari hari usul saya ditolak di Parlimen iaitu pada Rabu 4 Disember lalu. Sehingga kini saya tidak pernah keluar dari negeri itu langsung.
"Dan apa yang diperkatakan Sharizat pada saya itu cuma mainan politik kerana ada yang mengadu pada saya bahawa mereka (BN) apabila memberi bantuan selalu bertanya mana wakil rakyat yang kamu pangkah.
Namun beliau tidak terasa hati kerana mangsa-mangsa banjir di sini tahu siapa yang bersama mereka. Malah katanya, media arus perdana seperti menidakkan kehadirannya walaupun beliau antara wakil rakyat yang cergas dalam operasi menolong mangsa banjir.
"Saya fikir ia mungkin ada kaitan arahan dari pihak tertentu yang tidak mahu menghebohkan kehadiran saya. Sebab itu Sharizat begitu berani menuduh saya tidak berada di kawasan saya sendiri," katanya.
Fuziah, pada masa sama, menyelar kerajaan pusat lambat menghantar bantuan dan menggerakkan operasi menyelamat sehingga menyebabkan keadaan bertambah parah. Menurut beliau, tindakan kerajaan pusat itu seolah-olah seperti bersikap balas dendam ke atas rakyat yang memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu.
Tambahnya, selain lambat bertindak, sebenarnya kerajaan pusat masih belum bersedia menangani bencana banjir besar di negara ini.
"Isu yang paling penting adalah kerajaan masih dilihat tidak cekap menguruskan situasi untuk mangsa banjir. Sebagai contoh, bekalan mentah untuk memasak banyak namun tidak boleh diguna kerana peralatan tidak mencukupi.
"Begitu juga dengan masalah penerimaan bantuan kerana sebahagian sekolah tidak digazetkan, maka ia tidak berada dalam senarai berdaftar. Kenapa perlu dilihat berdaftar atau tidak kerana ia melibatkan nyawa manusia," katanya.
Bagaimanapun, beliau tetap bersyukur dengan keprihatinan rakyat Malaysia yang datang menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir di Kuantan.
"Saya memang kecewa usul darurat saya ditolak kerana saya mahu apabila diisytiharkan maka bantuan akan dapat digerakkan dan tumpuan akan diberikan sepenuhnya.
"Biarpun ditolak, akhirnya ia membuka mata kepada semua rakyat di negara ini yang bersimpati dan beramai-ramai hadir menjadi sukarelawan membantu dari segi tenaga dan menghulurkan sumbangan," katanya.
Jumaat lalu Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil mengecam Ahli Parlimen Kuantan itu yang didakwa tidak berada di kawasan yang dilanda banjir tidak seperti pemimpin Umno lain.
"Ketika pemimpin-pemimpin kita berada di sana melawat mangsa banjir, mana pemimpin pembangkang?
"Wanita Umno ingin bertanya mana Ahli Parlimen Kuantan ketika kawasan itu dilanda banjir," kata Sharizat semasa menghadiri Perhimpunan Agung Umno.
Beliau turut menyelar beberapa pemilik akaun laman media sosial yang mengkritik kepimpinan Umno tidak prihatin dengan mangsa banjir di beberapa negeri, sebaliknya lebih fokus kepada Perhimpunan Agung Umno.
Shahrizat berkata, kenyataan-kenyataan berkenaan tidak berasas kerana Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan beberapa pemimpin Umno lain telah pun berada di beberapa negeri yang dilanda banjir.
"Presiden kita semalam meninggalkan dewan untuk melawat mangsa banjir," katanya dan menambah, Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini pula turut berada di kawasan banjir — FMT

Lalu siapa yang bertanggung jawab?
ردحذفإرسال تعليق