Lelaki pertama Britain gunakan tangan palsu dikawal dengan minda

SEORANG tentera yang mengalami cedera parah di Afghanistan, dan kudung tangan kanannya kini dapat memulakan hidup baru dengan "bionic arm" sejenis tangan buatan yang boleh dikawal dengan otak.

Kopral Andrew Garthwaite, 26 dipercayai merupakan manusia pertama di Britain yang dipasang dengan anggota badan buatan dengan teknologi kawalan minda.

Andrew telah melalui pembedahan khas berjam-jam lamanya di Austria bagi melakukan penyambungan dan pendawaian semula sistem sarafnya. 

Kini selepas beberapa bulan menjalankan pengunaan secara intensif, dia sudah menguasai kaedah mengawal anggota badan barunya dengan menggunakan minda.

Andrew yang berasal dari Selatan Tyneside, hilang tangan kanannya akibat serangan grenade di Wilayah Helmand pada bulan September 2010.

Tangan barunya tampak semulajadi, namun mengeluarkan sedikit bunyi (robotic noise) dan jika cuai, ia boleh terpusing sehingga 360 darjah. "Ini salah satu persembahan silap mata saya" kata Andrew bergurau — EdisiRakyat.com 




Post a Comment

أحدث أقدم