INDIVIDU yang didapati menyebarkan sesuatu ajaran bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dikenakan hukuman di bawah Enakmen Jenayah Syariah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, hukuman itu berdasarkan kesalahan menghina pihak berkuasa agama apabila melakukan sesuatu berlawanan dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Menurutnya, sekiranya ajaran itu telah difatwakan sebagai ajaran sesat atau haram untuk disebarkan, maka jika bersalah individu itu akan dikenakan hukuman tersebut.
"Berhubung isu Syiah, berdasarkan fatwa yang dikeluarkan tidak menyebut Syiah sebagai ajaran sesat, tetapi ia sesuatu ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Orang Islam dilarang untuk menyebarkannya. Sekiranya dilakukan, barulah tahanan untuk enakmen tersebut akan dijalankan iaitu denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Dalam pada itu beliau berkata, apabila dibaca sekali imbas fatwa tersebut, seolah-olah jika sesuatu ajaran diamalkan sendiri tidak menjadi kesalahan, bagaimanapun apabila disebarkan kepada orang lain itu menjadi satu kesalahan.
"Sama kesnya dengan Syiah, apabila ada fatwa mengatakan ia tidak boleh disebarkan maka perlulah diikuti.
"Sekiranya untuk diamalkan sendiri, saya rasa ianya tidak salah mengikut fatwa tersebut.
"Namun segalanya di bawah undang-undang," katanya — Sinar Harian

Post a Comment