RAJA Jordan, Raja Abdullah ll bin Al-Hussein, antara yang membantu menolak kereta sebuah keluarga yang tersangkut di sebatang jalan di Amman.
Sekeping gambar dan satu rakaman video pendek dirakam oleh orang awam yang kebetulan lalu di tempat kejadian menjadi perbualan hangat rakyat Jordan di laman sosial Facebook.
Rata-rata rakyat Jordan memuji tindakan raja mereka yang disifatkan berjiwa rakyat apabila sanggup turun membantu rakyat.
Malah menurut portal berita metro.co.uk, gambar tersebut turut popular di kalangan warga Britain. Mereka mempersoalkan adakah raja Britain juga sanggup membantu jika berada dalam situasi yang sama.
Raja Abdullah dilaporkan sedang melawat daerah terbabit untuk memantau kerja-kerja membersihkan jalan selepas berlakunya ribut salji.
Cuaca sejuk di Jordan dijangka akan bertambah buruk menyaksikan salji tebal melitupi jalan-jalan di seluruh negara itu — EdisiRakyat.com
Post a Comment