MODEL Majalah Playboy dari Malaysia mengakui dia merasakan dirinya kini lebih berharga "Saya rasa kini lebih berharga berbanding menayangkan tubuh."
Felixia Yeap, yang sebelum ini muncul dalam Majalah Playboy Club Sands Macau dua tahun lalu, kini menjadi model untuk pakaian Muslimah termasuk tudung.
Yeap, 26 sebelum ini pernah muncul dalam Majalah PlayBook Filipina, menjadikan dia sebagai rakyat Malaysia ketiga muncul dalam majalah dewasa yang memaparkan gambar-gambar wanita bogel. Dia bagaimanapun tidak bergambar dalam keadaan telanjang.
Selepas muncul dengan bikini dan pakaian dalam menerusi pelbagai majalah dan publikasi, dia akhirnya terfikir tentang nilai-nilai dan harga diri seorang wanita.
Yeap kecewa, lantaran kariernya sebagai model, dia telah dipergunakan oleh ramai lelaki sekadar untuk berseronok dan bukanlah untuk dijadikan isteri.
"Saya jatuh dari masa ke semasa, saya angkat diri saya hanya untuk jatuh lagi dan lagi," katanya.
Tambahnya lagi, ramai orang yang salah faham terhadap dirinya dan mempelawanya menyertai parti seperti binatang, mabuk, merokok dan melakukan hubungan seks rambang.
Yeap kini merasa lebih tenang sejak menggayakan tudung untuk satu rakaman komersial beberapa bulan lalu.
Kini dia rasa "gembira, dilindungi dan selamat" setiap kali mengenakan hijab.
Apabila satu lagi peluang muncul untuk menjadi model hijab sempena Hari Raya baru-baru ini, tanpa berfikir panjang dia terus menerimanya.
"Saya sedar bahawa saya kini ternanti-nanti peluang yang membolehkan saya lebih menutup (tubuh saya). Bila seseorang itu semakin dewasa mereka akan semakin bijak," tambahnya lagi — EdisiRakyat.com
إرسال تعليق