PEMUDA Barisan Nasional (BN) digesa supaya turut sama menyertai demonstrasi kumpulan Turun (Gerakan Turun Kos Sara Hidup) bagi menunjukkan semangat menentang kenaikan harga yang akan berlaku pada 2014.
Ketua Pemuda Sosialis Dap, Teo Kok Seong berkata, beliau tahu pemuda Umno dan juga MCA turut tidak bersetuju dengan kenaikan harga barang.
Pihaknya turut mengajak semua kumpulan tanpa mengira parti menyertai demonstrasi ini bagi menentang kenaikan harga barang yang akan membebankan rakyat.
"Kita ingin menjemput sama Pemuda MCA dan Umno yang memegang prinsip demokrasi untuk turun sama bagi membantah polisi 'naik-naik' kerajaan BN.
"Jika tidak, laungan pembaharuan atau transformasi oleh pemuda-pemuda BN yang dilakukan selama ini, hanya menjadi retorik semata-mata," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Dalam pada itu, Kok Seong berkata, kumpulan anak-anak muda yang turun malam ini adalah terdiri daripada mereka yang prihatin keadaan semasa.
Katanya, masalah kenaikan harga itu dikhuatiri akan terus membelenggu rakyat yang terpaksa menanggung beban terlampau.
"Mereka ini adalah kumpulan pro-demokrasi yang harus dihormati, diberi ruang sesuai dengan prinsip-prinsip keadilan serta harus diberi kerjasama oleh pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.
"Kumpulan pro-demokrasi ini bukanlah kumpulan penjenayah atau mereka yang berniat buruk untuk menggulingkan kerajaan, apatah lagi untuk melakukan keganasan, sebaliknya kumpulan ini terdiri daripada pelbagai kaum serta latar belakang, wujud dan berjuang demi memastikan nasib rakyat tertindas, terus dibela dan dibantu," katanya — Sinar Harian

Post a Comment